Terdahulu, Dr. Lisa Su pernah mendedahkan bahawa cip pemproses Samsung Exynos akan datang bakal memberikan perubahan baharu dalam arena telefon pintar kerana ia dibina berasaskan seni bina AMD RDNA 2 untuk grafik.

Terbaru, Samsung Exynos pula mengesahkan kehadirannya dimana apa yang paling menarik adalah sokongan ‘Ray-tracing’. Bagi anda yang tidak tahu, ‘Ray-tracing’ mampu menawarkan grafik realistik yang mana pantulan cahaya dan bayang-bayang lebih “hidup” berbanding biasa.

Selain itu, Exynos baharu nanti juga akan dilengkapi denganĀ variable rate shading serta dijangka prestasinya adalah lebih pantas.

Malah, sebelum ini juga terdapat laporan mendakwa prestasi grafik Exynos ini adalah jauh lebih baik daripada peranti iPhone 12 Pro Max menerusi ujian Wild Life.

Buat masa sekarang, Samsung Exynos hanya berkongsikan tangkap layar perbandingan GPU Exynos sahaja dan sukar untuk digambarkan bagaimana kualiti sebenarnya.

Oleh itu, kita perlu menunggu pelancaran rasminya sahaja nanti dan adakah Samsung akan membawa era baharu dalam dunia permainan mudah alih pada masa hadapan.

Sumber: ice universe

Baca juga: