Nampaknya desas-desus Samsung akan mengadakan acara pada Ogos ini adalah benar kerana hari ini mereka mengesahkan yang mana Galaxy Unpacked akan berlangsung pada 11 Ogos 2021.

Menerusi video acah pendek yang dikongsikan, ia sememangnya telefon boleh lipat baharu dari mereka – Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 dimana telah lama diperbualkan.

Selain itu, Samsung sendiri menyatakan bahawa mereka akan memperkenalkan peranti yang fleksibel serta versatail. Bukan itu sahaja, Samsung mungkin akan mengumumkan peranti lain seperti Galaxy Buds 2, Galaxy Watch 4 dan mungkin Galaxy S21 FE.

Bercakap tentang Galaxy Watch, baru-baru ini atlet Korea Selatan dikatakan memakai jam tangan pintar Samsung baharu semasa tiba di Jepun untuk Tokyo Olympics 2020 dan ia berkemungkinan adalah Galaxy Watch 4.

Apa-apa pun, sekiranya anda ingin menonton acara tersebut, boleh layari YouTube rasmi Samsung pada 11 Ogos nanti.

Sumber: Samsung, sammobile

Baca juga artikel berkaitan: