Samsung telah pun melancarkan barisan produk hiburan rumah terbaru mereka untuk tahun 2023.
Salah satunya adalah model televisyen terbaru Samsung Neo QLED 4K QN85C dan kami telah berpeluang sendiri merasai sendiri pengalaman bersama TV tersebut.
Saiz gergasi
Sudah tentu yang paling ketara sekali disedari berbeza pada TV Samsung ini adalah saiz gergasinya.
Saiz 75 inci Samsung Neo QLED 4K QN85C ini memberikan kepuasan tontonan maksimum untuk memberikan pengalaman teater di rumah. Saiznya yang begitu besar menjadikan ia begitu menakjubkan seolah-olah penulis sedang menatap layar lebar.

Skrin QLED 4K mengagumkan
Melengkapkan skrin TV gergasi ini adalah panel Quantum Mini LED di mana teknologi panel ini memberikan rasa kagum pada kualiti visual yang disampaikan.
Warna dan kadar kecerahan yang dihasilkan oleh TV Samsung Neo QLED ini begitu mengagumkan yang memberikan kepuasan pada mata di saat menonton video-video dengannya.
Kejelasan visual juga begitu menenangkan dan tidak jemu-jemu ditonton untuk dijamu mata yang begitu terpesona dengan keindahan visual yang dipaparkan skrin TV samsung ini.
Kualiti visual terbaik yang dihasilkan panel QLED TV Samsung ini dicapai menerusi cip pemprosesan berkuasanya iaitu pemproses Neural Quantum yang memberikan visual 4K yang begitu berkualiti tinggi.

Sistem bunyi superb
Pada awalnya, penulis agak skeptikal dengan sistem audio yang terbina pada TV Samsung ini sebelum mendengarnya.
Tetapi selepas mendengarnya sendiri dengan memainkan filem-filem dari platform penstriman Netflix, ia cukup mengujakan yang memberikan kepuasan audio untuk dinikmati halwa telinga.

Sistem audio TV Samsung Neo QLED 4K QN85C memberikan anda merasai audio sekeliling dengan adanya ciri OTS (Object Tracking Sound) dan Dolby Atmos, memberikan rasa pengalaman audio seakan menonton di dalam pawagam.
Kualiti bunyinya yang luas dan tinggi dengan julat pertengahan yang begitu kuat dari pembesar audi 60W, ia menghasilkan bunyi filem bermutu, tanpa perlu pun sounbar.
Tetapi mungkin bagi anda yang merasakan sistem audio pada TV ini masih belum cukup power, anda boleh padankannya dengan aksesori sistem audio rumah Samsung seperti model Soundbar HW-Q800C.

TV Pintar
Samsung Neo QLED 4K QN85C adalah sebuah TV pintar yang dijana sistem operasi Tizen™ Smart TV.
Sistem operasi TV ini juga menjadikan ia sebagai sebuah hab pintar di mana ia mengoptimumkan penyusunan dan memudahkan carian kandungan.
Jadi anda tak perlu membuang masa bagi mencari kandungan yang diminati, sebaliknya anda boleh luang lebih banyak masa menonton filem dan rancangan yang digemari.
Ia menyokong ciri arahan suara menerusi servis Bixby, dilengkapi aplikasi pelayar sesawang dan juga interaksi suara.
Rekaan minimalis
Keberadaan Samsung Neo QLED 4K QN85C pastinya menyerlahkan lagi ruang tamu rumah anda kerana rekaan moden dan minimalis.
Rekaannya yang nipis memberikan gaya moden yang secara tidak langsung mengindahkan lagi sesuatu ruang walau di mana sudut perletakannnya.

Kesimpulan
Apa yang boleh disimpulkan penulis selepas hampir seminggu menatap TV Samsung Neo QLED 4K QN85C ini, ia merupakan sebuah TV pintar premium dengan visual dan audio menakjubkan serta kaya dengan pelbagai ciri moden.
Ia pastinya dengan mudah menarik perhatian pengguna khususnya bagi mereka yang mahu melengkapkan ekosistem digital di rumah mereka dengan memasukkan pula sistem hiburan TV Samsung ini.
Tetapi jika saiz 75 inci itu masih belum cukup untuk anda atau mungkin terlalu besar untuk ruang tamu anda, anda boleh memilih Samsung Neo QLED 4K QN85C dalam 3 lagi saiz skrin berbeza di mana Samsung turut menawarkannya dalam saiz 55 inci, 65 inci dan 85 inci.
Jika anda mahukan sebuah teater mini di rumah, TV Samsung Neo QLED 4K QN85C adalah antara pilihan terbaik yang ada di pasaran ketika ini.
Malah harga yang ditawarkan Samsung untuk TV ini juga berpatutan dan berbaloi dengan spesifikasi, kualiti serta ciri-ciri yang ditawarkan.
Samsung Neo QLED 4K QN85C berharga dari RM7,299 (saiz 55 inci) hingga RM18,599 (85 inci).
Beli TV Samsung di Shopee
Beli TV Samsung di Lazada
{suggest}