Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk acara pelancaran Galaxy Unpacked yang akan mengumumkan Samsung Galaxy S20 dan juga Galaxy Z Flip. Namun, bukan kita sahaja yang tidak sabar dengan pelancaran peranti mereka. Malah Samsung sendiri pun sama tidak sabar.
Terbaru, ketika waktu rehat acara Oscars, iklan komersil peranti Galaxy Z Flip telah ditayangkan. Walaupun iklan tersebut tidak menyebut peranti apa yang dipertunjukkan, namun kita semua tahu reka bentuknya melalui banyak maklumat yang telah didedahkan.
Melalui video itu, Samsung menunjukkan bagaimana peranti itu beraksi ketika dibuka dan ditutup. Ia juga memperlihatkan skrin kecil di belakang peranti yang digunakan untuk notifikasi.
Galaxy Z Flip dikatakan akan dijana oleh Snapdragon 855+ dengan bateri bersaiz 3,300mAh. Harga jualan adalah sekitar 1400USD (~RM5,798), yang merupakan harga yang mahal. Namun, ia tetap rendah berbanding Galaxy Fold asal yang dijual pada harga 2000USD.
Sumber: YouTube