Setelah beberapa kali diperkatakan, Samsung hari ini secara rasminya memperkenalkan penawaran baru bagi fon telinga tanpa wayar, Samsung Galaxy Buds Pro.

Disebut hadir dengan rekaan lebih ergonomik, pengeluar turut menjanjikan kualiti audio lebih baik serta penggunaan dalam telinga lebih selesa. Menariknya tentang Galaxy Buds Pro ialah dilengkapi dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) buat pertama kali.

 

Melalui penggunaan tetapan tiga mikrofon; dua diluar dan satu didalam, ia dikatakan mampu mengurangkan bunyi bising latarbelakang sehingga 99%. Selain itu, terdapat juga ciri pengesanan suara yang membolehkan tetapan AND serta bunyi ambient dilaraskan secara automatik apabila pengguna bercakap.

Dibahagian audio, Galaxy Buds Pro tampil dipasang dengan woofer 11mm dan tweeter 6.5mm untuk bunyi bass dan treble yang lebih mendalam dan baik. Antara ciri lain yang ada pada fon telingan ini seperti kebolehan bertukar secara automatik antara peranti Galaxy.

Contohnya seperti pengguna sedang menonton video pada tablet, panggilan suara diterima, audio dari fon telinga ini akan bertukar kepada telefon pintar. Ini bagi memberikan pengalaman penggunaan lebih baik kepada pengguna.

Galaxy Buds Pro turut dilindungi dengan pensijilan IPX7 dan bateri dijanjikan sehingga 5 jam serta 18 jam disamping kuasa dari bekas simpanan. Tempoh penggunaan lebih lama boleh diperoleh sekiranya pengguna tidak menggunakan ANC dan Bixby, iaitu sekitar 8 jam dan 28 jam bersama bekas simpanan.

Peranti ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu black, silver dan violet dan ia diletakkan pada harga RM799 untuk pasaran Malaysia.