Sudah sekian lama mana-mana jenama mencipta inovasi dalam menghadirkan paparan skrin yang penuh dalam telefon pintar. Sebagai contoh takuk pada skrin dan juga kamera pop-out.

Sehingga ke hari ini, banyak telefon pintar mempunyai kamera dengan rekaan punch-hole bagi memberikan paparan yang penuh. Malah, teknologi kamera terbina bawah paparan juga telah diperkenalkan dan ZTE Axon 20 5G menjadi telefon pertama di dunia yang menggunakannya.

Namun, teknologi kamera di bawah paparan masih memberikan tanda tanya terhadap kualiti kepada gambar disebabkan ia menggunakan lapisan khas dan lapisan anti-reflektif yang memaksimumkan ketelusan skrin

Oleh yang demikian, Samsung hadir dengan penyelesaian masalah ini iaitu akan memberikan satu teknologi terhadap kamera bawah paparan dengan mempatenkan sub-paparan.

Galaxy S22 camera

Konsepnya masih menggunakan kamera bawah paparan tetapi ia akan mempunyai paparan kedua yang dipanggil sub-paparan untuk menyembunyikan kamera tersebut.

Tambahan lagi, sub-paparan ini bergerak secara mekanikal sama seperti kita lihat pada kamera pop-out tetapi paparan ini bergerak di bawah paparan.

Samsung smartphone selfie camera

Jika sub-paparan ini menutup kamera, ia dapat memberikan skrin yang penuh dengan memaparkan masa, status bateri dan sebagainya.

Samsung smartphone sub display

Samsung telah mempatenkan teknologi ini kepada Pejabat Harta Intelek Dunia (WIPO) pada Jun yang lalu dan ia baru sahaja diluluskan pada bulan ini.

Dengan teknologi ini, mungkinkah kita akan dapat lihat Samsung akan menggunakan teknologi ini pada telefon Galaxy S22 nanti?

Sumber: LetsGoDigital