Ketika Apple melancarkan iPhone 12, syarikat itu memutuskan untuk tidak menyertakan kepala pengecas dan AirPods dalam kotak pembelian. Menurut Apple, alasan mereka tidak menyertakannya disebabkan mahu menjaga alam sekitar.

Bagaimanapun, ketika itu ramai pengeluar telefon pintar yang telah mengkritik Apple berikutan keputusan untuk tidak menyertakan kepala pengecas dalam kotak pembelian. Antaranya termasuk Samsung yang telah memuat naik imej yang jelas memerli Apple.

pengecas Samsung Apple

Terbaru, Samsung kini dilaporkan telah memadam imej yang dimuat naik pada 14 Oktober lalu. Tinjaun kami melalui pautan di kiriman Facebook berkenaan juga telah mendapati kandungan tidak tersedia buat masa ini.

pengecas Samsung Apple

Ini mungkin bermakna, laporan sebelum ini yang menyatakan Samsung tidak akan menyertakan kepala pengecas dalam kotak pembelian bakal menjadi kenyataan.

Adakah mungkin Samsung akan mengikut jejak langkah Apple seperti yang telah dilakukan sebelum ini? Nantikan pengumuman selanjutnya dari Samsung.