Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Mungkin Menjadi Pembekal Cip M2 Untuk Apple

Posted on April 26, 2022

Samsung dilaporkan sedang berunding untuk menjadi pembekal kepada semikonduktor cip M2 Apple. Selaras dengan bagaimana Samsung membantu Apple untuk membekal cip M1 Apple.

Buat makluman, sejak Apple memperkenalkan cip M1, jenama-jenama cip lain seperti AMD dan Intel mula tercabar. Ini kerana prestasinya yang memberangsangkan bersama kecekapan tenaga.

Semua itu hasil daripada kejuruteraan dalam pembuatan cip M1 itu tersebut yang mengintergrasikan komponen CPU, GPU, RAM dan lain-lain di dalam cip M1 itu. Oleh itu, cip M1 Apple berjaya memproses sebarang tugasan tanpa perlu bertukar data dengan komponen luar.

Sekarang, Apple dikatakan sedang membangunkan cip baharu M2 mereka dan Samsung ingin menjadi sebahagian daripada pasukan tersebut. Samsung Electro-Mechanics berjaya membantu Apple dalam membekalkan cip M1 mereka dikala terdapat banyak permintaan akan produk berasaskan cip M1 di pasaran.

Buat masa ini, Samsung tidak memberikan sebarang pengumuman rasmi berkenaan perkara ini. Tetapi, melihat pelaburan Samsung sebanyak 1.3 trillion won (sekitar RM45 billion ringgit) dalam fasiliti pembuatan cip baharu di Vietnam, besar kemungkinan Samsung akan menjadi pembekal kepada cip M2 Apple nanti.

Sumber: sammobile

Baca juga:

  • Apple Akan Buang Aplikasi Yang Dah Lapuk Dari App Store
  • Cara Pindah Fail Dari Apple Ke Windows, Hanya Guna ‘Browser’
  • Apple Watch – Mungkin Bakal Ada Ciri Sambungan Satelit Untuk Pengguna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress