Sebelum ini Samsung sudah pernah menggunakan teknologi penyejukan berasaskan kebuk wap (vapour chamber) pada telefon pintar mereka seperti Galaxy S20, S10+ dan Note 20. Mereka juga antara yang terawal gunakan sistem berkenaan pada telefon pintar.

Seperti yang ada pada kebanyakan komputer prestasi tinggi, proses penyejukan ini bertindak lebih pantas daripada heat sink biasa.

Namun penggunaan teknologi tersebut terhenti dan tidak disambung pada model Galaxy S21 kerana pengurangan penggunaan 5G semenjak pandemik Covid-19 melanda.

Walaupun begitu, laporan terkini mengatakan Samsung mungkin akan mengembalikan semula teknologi tersebut pada peranti terbaru mereka untuk tahun 2022.

Oleh itu, beberapa pembekal dari Taiwan sudah mula bersedia untuk potensi pesanan pada masa akan datang. Walaupun teknologi ini ada persaingan kuat antara jenama dari China, Taiwan mempunyai kelebihan dari segi kualiti.

Sama-sama kita nantikan sama ada teknologi ini bakal kembali pada telefon pintar Samsung.

Sumber: digitimes

Foto utama: ifixit

Baca juga – Acara Samsung Galaxy Unpacked Mungkin Diadakan Awal Ogos Ini

Baca juga – “Mid Year Sale” Samsung Bermula, Galaxy Note20 5G Jauh Lebih Murah