Terdapat laporan sebelum ini mengatakan bahawa Samsung tidak akan menyertakan palam pengecas dalam kotak siri Galaxy S21 nanti.

Kini, terdapat spekulasi baharu dimana Samsung dikatakan akan mengikuti jejak langkah Apple iaitu mereka hanya memberikan peranti dan kabel sahaja.

Ini bermakna, tiada palam pengecas dan juga fon telinga kepada pengguna yang mana aksesori ini adalah wajib jika setiap kali kita membeli peranti baharu.

Maklumat ini didedahkan oleh Ishan Agarwal melalui akaun Twitter beliau. Namun, tiada maklumat sama ada tiada lagi fon telinga diberikan kerana beliau telah memadam entri tersebut.

Walau bagaimanapun, palam pengecas tidak akan disertakan dalam kotak siri Galaxy S21 dimana pasaran Brazil telah mengesahkannya. Malah, Samsung sendiri telah memadam imej yang memerli Apple baru-baru ini.

Nampaknya, semakin banyak jenama yang mengikuti Apple kerana Xiaomi turut berbuat demikian terhadap peranti Mi 11.

Mungkinkah selepas ini kita tidak dapat lihat lagi palam pengecas dalam mana-mana peranti baharu pada tahun 2021 kelak.

Sumber: GSM Arena