Siri Samsung Galaxy S10 dibangunkan dengan pelbagai spesifikasi menarik termasuklah pada tetapan kameranya.
Disebalik penawaran kamera yang baik, ia tidak mempunyai sebarang mod malam yang tersendiri ketika diperkenalkan.
Akan tetapi, ia tidak lagi menjadi pertikaian selepas ini. Ia kerana Samsung dilihat sudah mula menawarkan mod malam berkenaan bersama kemaskini perisian bagi bulan April 2019.
Walaupun ia hanya tersedia di Switzerland ketika ini, ia dijangka akan mula diterima oleh pengguna di pasaran lain tidak lama lagi.
Samsung is redesigning the camera "Night" mode for the Galaxy S10 series. This option is isolated, just like the Video, Pro independent mode. In addition, the camera algorithm has also been updated, this major update will be launched in April or May. pic.twitter.com/fQddhkENUq
— Ice universe (@UniverseIce) April 12, 2019
Sebelum ini, pentiris terkenal @UniverseIce telah mendakwa bahawa mod malam khas akan hadir buat siri Galaxy S10 pada bulan April atau Mei.
Maka, kami jangkakan pasaran lain termasuk Malaysia akan menerima kemaskini ini selewat-lewatnya pada bulan hadapan.
Sumber: BGR