Sebelum ini kita telah dimaklumkan yang Samsung dan Google akan gabungkan Tizen dan Wear OS untuk hasilkan sistem operasi terbaru.

Kini, Samsung telah memperlihatkan antara muka dan kebolehan sistem operasi tersebut dalam hari kedua acara MWC 2021 awal pagi tadi.

Sistem operasi terbaru ini dilihat mempunyai integrasi antara jam pintar dan telefon pintar Galaxy yang lebih lancar. Bermakna aplikasi dan pelbagai tetapan akan disesuaikan atau diselarikan (sync).

Tambah Samsung, kombinasi terbaru ini juga akan memberi prestasi yang lebih pantas, hayat bateri lebih lama, serta pelbagai pilihan aplikasi Google.

Selain itu, pelbagai muka jam yang menarik boleh direka sendiri dengan lebih mudah mengikut citarasa pengguna atau pereka .

Sama-sama kita nantikan pelancaran penuh sistem operasi ini bersama jam pintar Galaxy Watch terbaru pada acara Unpacked tidak lama lagi.

Sumber: Samsung

Baca juga – Mungkin Ini Rupa Jam Terbaru Samsung Galaxy Watch Active 4

Baca juga – Ini Mungkin Bentuk Modul Kamera 200MP Pada Samsung Galaxy 22 Ultra 5G