Samsung dalam acara khas Samsung Galaxy Unpacked August 2021 sebentar tadi telah melancarkan 2 model terbaru untuk siri jam pintar Samsung Watch 4 iaitu Samsung Watch 4 dan Galaxy Watch 4 Classic

Antara ciri menarik siri Samsung Watch 4 ini adalah ciri sokongan gerakan tangan yang membolehkan pengguna menjawab panggilan telefon hanya dengan menggoyangkan pergelangan tangan.

Samsung juga mengumumkan perkakasan jam berkuasa yang digabung dengan platfom sistem operasi terbaru yang dibangunkan bersama antara Samsung dan Google iaitu “Wear OS Powered by Samsung“.

Jam pintar Samsung terbaru ini kini dilengkapi dengan ciri yang mampu mengimbas pelbagai status kesihatan badan seperti degupan elektrikal jantung, komposisi badan dan imbasan padanan bioelektrik.

Jam pintar ini dikuasakan oleh cip pemprosesan 5nm Exynos W920, 1.5GB RAM dan storan terbina berasiz 16GB.

Malah Samsung juga mendakwa baterinya juga kini mampu bertahan sehingga 40 jam.

Samsung Galaxy Watch 4 Dan Galaxy Watch 4 Classic.

Samsung Watch 4 Series juga dilengkapi dengan skrin bersaiz 1.4 inci bagi model Galaxy Watch 4 Classic dan 1.2 inci bagi Galaxy Watch 4.

Samsung Watch 4 ditawarkan dalam 2 varian iitu varian dengan sambungan Bluetooth yang berharga USD$249.99 dan varian LTE yang berharga USD$299.99.

Manakala Galaxy Watch 4 Classic pula berharga USD$349.99 untuk varian bluetooth dan USD$399.99 untuk varian dengan sokongan LTE.