Pada awal hari ini, Samsung telah mengadakan acara khas mereka dengan memperkenalkan barisan model terbaru komputer riba mereka.

Dalam acara itu, Samsung Electronics telah melancarkan Galaxy Book Pro Dan Galaxy Book Pro 360 dengan reka bentuk inovatif, perkakasan yang berkuasa serta membawa pengalaman telefon pintar kepada komputer riba menerusi ekosistem Galaxy.

Galaxy Book Pro didatangkan dalam 2 saiz iaitu Samsung Galaxy Book Pro 15.6 dan Samsung Galaxy Book Pro 13.3.

Samsung Galaxy Book Pro.

Kedua-dua model komputer riba Samsung ini dilengkapi dengan skrin sesentuh AMOLED FHD, dikuasakan dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core i3, i5 atau i7 generasi ke-11, grafik Intel Iris Xe atau Intel UHD Graphics, menyokong memori RAM sehingga 32GB dan storan NVMe SSD sehingga 1TB.

Berikut adalah infografik spesifikasi Galaxy Book Pro yang disediakan Samsung.

Bagi model Samsung Galaxy Book Pro 360 pula, ia turut ditawarkan dama 2 saiz iaitu Samsung Galaxy Book Pro 360 15 dan Samsung Galaxy Book Pro 360 13.

Ia juga menggunakan paparan skrin sesentuh AMOLED FHD dengan ciri boleh diputar sebanyak 360 darjah sekali gus menubahnya kepada mod tablet.

Samsung Galaxy Book Pro 360 165 inci dengan warna MysticNavy bersama S Pen.

Ia juga dilengkapi dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core i3, i5 ataui7 generasi ke-11, grafik Intel Iris Xe atau Intel UHD Graphics. menyokong kapasiti RAM sehingga 32GB serta storan NVMe SSD sehingga 1TB.

Berikut adalah infografik spesifikasi Galaxy Book Pro 360 yang disediakan Samsung.

Harga jualan Samsung Galaxy Book Pro adalah bermula dari USD999.00. Manakala bagi model Galaxy Book Pro 360 pula berharga dari USD1200.00.