Beberapa bulan lalu, Samsung menawarkan Galaxy A52 seiring dengan A72 dan A32. Kini, mereka rasmi melancarkan Galaxy A52s yang mana lebih berkuasa berbanding A52 5G.

Naik taraf terbesar semestinya cip pemproses 6nm Snapdragon 778G berbanding Snapdragon 750G. Selain itu, ia turut dilengkapi skrin 6.5 inci FHD+ dengan panel Super AMOLED 120Hz dan padanan memori 6/8GB RAM dan storan hingga 256GB.

Tambahan lagi, Galaxy A52s juga mempunyai ciri tambahan seperti RAM Plus. Ia adalah fungsi RAM tambahan (memory expansion) untuk memberikan pengalaman penggunaan aplikasi lebih lancar.

Lain-lain spesifikasi masih sama, iaitu bateri sebesar 4500mAh bersama pengecasan pantas 25W, penarafan IP67 dan tetapan kamera sama seperti Galaxy A52 – 64MP utama, 12MP ultra lebar, 5MP makro, 5MP depth dan 32MP swafoto.

Dengan empat pilihan warna, ia mula dijual pada harga bermula £410 (~RM2390).

Sumber: Samsung UK

Baca juga: