Samsung secara rasmi hari ini telah melancarkan cip Exynos 1080 yang merupakan cip premium kelas pertengahan.
Cip berasaskan proses 5nm ini dilengkapi CPU dengan satu teras Cortex A-78 berkelajuan sehingga 2.8GHz, tiga teras Cortex A-78 dengan kelajuan sehingga 2.6GHz, serta empat teras Cortex-A55 berkelajuan 2.0GHz.
Selain itu, cip Exynos 1080 turut dimuatkan dengan GPU Mali-G78 MP10 yang boleh memberikan prestasi sama seperti cip Exynos 990 yang digunakan pada Galaxy Note 20 Ultra. GPU ini menyokong paparan Full HD+ dengan kadar segar semula 144Hz atau paparan QHD+ dengan kadar segar semula 90Hz.
Antara ciri lain yang dimuatkan pada cip ini adalah sokongan sistem kamera utama sehingga 200MP serta rakaman video sehingga 4K 60fps dan HDR10+. Ia juga mempunyai integrasi 5G, yang menyokong kedua-dua rangkaian sub-6GHz (3.67Gbps) dan mmWave (5.1Gbps).
Lain-lain ciri termasuk sokongan memori LPDDR5 dengan storan berasaskan UFS3.1, Bluetooth 5.2, dual-band Wi-Fi 6, dan port USB-C.
Samsung turut mengesahkan peranti andalan vivo akan menjadi yang pertama menggunakan cip Exynos 1080. Peranti ini dijangka akan dilancarkan pada awal tahun hadapan.
Sumber: Exynos 1080