Mengikut laporan daripada Gartner.com, penjualan telefon pintar secara global mencecah 432 juta unit pada suku ke-4 tahun 2016 dengan kenaikan 7% berbanding tahun 2015. Suku ke-4 2016 menyaksikan Apple melonjak naik menggantikan Samsung sebagai vendor di tempat pertama dengan pelancaran iPhone 7 dan iPhone 7 Plus September yang lepas.
Secara keseluruhannya tahun 2016 mencatatkan jualan hampir 1.5 bilion unit, peningkatan sebanyak 5% berbanding 2015.
Walaupun jualan Samsung sedikit terjejas dengan insiden Note 7 yang menyebabkan penurunan 8% pada suku ke-4 2016 berbanding tahun sebelumnya, Samsung masih lagi memegang takhta liga dengan jualan beberapa telefon kelas pertengahan dan flagship taruhan mereka S7 dan S7 Edge pada tahun 2016.
Dalam pasaran sistem operasi pula, Android mendahului dengan 82% pasaran saham pada suku ke-4 2016. Pada 2016, Android juga menyaksikan peningkatan pasaran saham sebanyak 3.2% yang menjadikan secara keseluruhan sebanyak 84.8%. Dengan pelancaran telefon Pixel dari Google dan kemasukan semula HMD (Nokia) dalam kategori telefon pintar kelas pertengahan bakal memberi impak yang besar kepada platform Android OS pada tahun ini.