Samsung hari ini mengumumkan telefon pintar boleh-lipat keluarannya iaitu Samsung Galaxy Z Flip ditawarkan di Malaysia pada harga RM 5,888. Peranti ini boleh didapati dengan harga tersebut hanya pada hari ini sahaja bermula 10 pagi sehingga 10 malam.
Pelanggan yang berminat untuk mendapatkannya, boleh menempah di E Store Samsung. Pada tempahan yang ditawarkan ini, pelanggan yang mendapatkan peranti tersebut akan menerima seperti berikut :
- Khidmat Talian Bantuan Premium 24/7
- Pengambilan dan penghantaran secara percuma bagi sokongan perkhidmatan selama 12 bulan dari tarikh pembelian
- Diberi keutamaan atau ekspress lane di Pusat Khimat
- Perlindungan skrin dengan satu kali penggantian keretakan skrin dalaman dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembelian
Peranti yang diperkenalkan pada bulan lepas ini, dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+ dan menggunakan lapisan Ultra Thin Glass yang mampu memberi ketahanan pada paparan. Skrin paparan tersebut bersaiz 6.7 inci Dynamic AMOLED dengan nisbah 22:9 dan resolusi 1080 x 2636.
Selain itu, terdapat juga paparan AMOLED kedua yang berukuran 1.1 inci yang diletakkan pada panel luar bagi fungsi notifikasi. Samsung Galaxy Z Flip dilengkapi dengan 8GB RAM dan 256GB storan yang berasaskan UFS 3.0. Bahagian bateri pula berkapasiti 3300mAh dengan pengecasan 15W.
Sumber : Samsung