Beberapa hari yang lalu, Samsung mengesahkan acara Galaxy Unpacked pada 11 Ogos nanti. Menjelang pelancarannya, mereka berkongsikan video baharu bersempena acara tersebut.

Pada permulaan video, Samsung memperlihatkan beberapa peranti lama seperti Nokia, HTC, Motorola dan BlackBerry yang mempunyai rekaan papan kekunci QWERTY.

Dalam video itu lagi, mereka menyatakan kadangkala sesuatu perubahan boleh menjadikan peranti akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Oleh itu, ia memaparkan lagi bayangan Galaxy Z Fold3 walaupun hanya sedikit.

Pengakhiran video tersebut mengingatkan kembali filem terkenal dari Christopher Nolan, iaitu Inception. Walau apa pun, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 akan diperkenalkan.

Pasti ramai ternanti-nanti apakah pembaharuan yang bakal dibawakan Samsung kali ini. Bahkan dikhabarkan, harganya sedikit murah berbanding terdahulu.

Sumber: Samsung Malaysia

Baca juga artikel berkaitan: