Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Kerjasama Dengan Starbucks Korea, Lancar Aksesori Galaxy

Posted on Jun 28, 2022Jun 28, 2022

Bermula hari ini, Samsung dan Starbucks Korea melancarkan kerjasama mereka dengan mengeluarkan sarung (case) untuk peranti Galaxy, termasuk sarung untuk Galaxy Buds 2.

Sarung yang dikeluarkan khas untuk peranti Galaxy S22, S22+, S22 Ultra, dan Galaxy Buds 2.

Barisan sarung yang menarik dipadankan dengan penjenamaan Starbucks dan juga apron yang dipakai barista syarikat tersebut.

Galaxy S22 dan S22+ juga menerima sarung yang mempunyai slogan khas, “Count Stars in Your Galaxy.”

samsung starbucks
samsung starbucks

Sarung untuk Galaxy S22 Ultra pula mempunyai tali di bahagian belakang yang kelihatan seperti resit Starbucks.

Samsung juga menyatakan semua aksesori ini dibuat menggunakan bahan mesra alam.

Menariknya, dua jenis rekaan sarung ditawarkan untuk Galaxy Buds; warna hijau dan juga yang kelihatan seperti cawan kopi, lengkap dengan seniĀ latteĀ apabila sarung ditutup.

Malangnya, kerjasama antara Samsung dan Starbucks ini hanya dilancarkan buat pasaran Korea Selatan dan bukan Malaysia.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress