Sebuah syarikat penerbitan Korea Selatan, Chosun Media mendakwa Samsung akan mendedahkan barisan telefon pintar boleh lipat baharu mereka pada 26 Julai ini.

Apa yang saya maksudkan sudah tentu tidak lain dan tidak bukan Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5.
Syarikat penerbitan itu turut mendakwa Samsung akan melancarkan siri peranti boleh lipat mereka di Korea Selatan pada kali ini berbanding di AS.
Sekiranya Samsung melancarkan peranti-peranti mereka ini pada bulan Julai, ia akan menghasilkan jurang masa yang cukup sebelum pelancaran Apple iPhone.
{suggest}
Hal ini demikian kerana Samsung boleh menjual lebih banyak peranti boleh lipat baharu mereka sebelum siri iPhone 15 dilancarkan pada bulan September nanti.
Gambar utama: Digital Trend