Berdasarkan imej yang ditemui pada aplikasi Samsung Wearable, Galaxy Watch 3 hadir dengan penjenamaan rasmi. Seperti sedia maklum, Samsung Wearable merupakan aplikasi yang berinteraksi dengan semua fon telinga dan jam pintar Samsung.
Dengan pendedahan imej ini, Samsung dilihat melangkau Galaxy Watch “2”. Ia mungkin berikutan kewujudan sedia ada Galaxy Watch Active 2 dan keinginan Samsung untuk memfokuskan kepada generasi baru jam pintar.
Terdahulu, nama yang sama telah disahkan melalui pensijilan NBTC yang didedahkan beberapa hari lalu. Samsung Galaxy Watch 3 juga baru-baru ini telah menerima pensijilan FCC.
Melalui pensijilan tersebut, jam pintar ini bakal didatangkan dengan 2 varian saiz iaitu 41mm dan 45mm. Kedua-dua saiz ini mempunyai dua varian iaitu satu dengan sokongan Wi-Fi/Bluetooth dan satu dengan sambungan LTE.
Selain itu, jam pintar ini dipercayai mempunyai bezel yang boleh diputar, paparan Gorilla Glass DX dan ketahanan air 5ATM.
Sumber: XDA-Developers
Beli Samsung Galaxy Watch dari:
Lazada (https://invol.co/clouno)
Shopee (https://invol.co/clounq)