Penghujung Mei lepas, Samsung memperkenalkan dua tablet baharu, iaitu Galaxy Tab S7 FE dan Galaxy Tab A7 Lite. Kini, Galaxy Tab A7 Lite memasuk pasaran tempatan yang berharga RM699.

Ia ditawarkan pilihan warna gray atau silver dan bersempena kehadirannya, Samsung Malaysia menawarkan hadiah percuma termasuk kerangka tablet dan langganan 108 Snap Learn e-Book selama 6 bulan yang bernilai RM225 bermula hari ini hingga 31 Julai 2021.

Spesifikasinya sama sahaja seperti yang dilancarkan tempoh hari, dikuasakan cip Helio P22T dengan pilihan memori 4GB RAM dan 64GB storan serta kad mikroSD hingga 1TB. Skrin pula dilengkapi TFT LCD berukuran 8.7 inci, bateri 5100mAh dengan pengecasan 15W dan dwi-pembesar suara Dolby Atmos.

Jika anda berminat, boleh dapatkannya menerusi laman rasmi Samsung Malaysia.

Baca juga – Naik taraf Ke Windows 11 Adalah Percuma Bagi Pengguna Windows 10

Baca juga – Astro Rasmi Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix

Baca juga – Samsung Galaxy Tab A7 Turun Harga, Kini Lebih Murah