Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Galaxy S23 Dilihat Akan Memfokuskan Prestasi Kamera

Posted on Januari 11, 2023

Samsung sebelum ini telah mengesahkan tarikh bagi acara Galaxy Unpacked selepas menunjukkannya secara tidak sengaja.

Selepas memperlihatkan petunjuk mengenai pelancaran Samsung Galaxy S23, beberapa klip GIF daripada video acah mengenai peranti tersebut telah dimuat naik.

Klip GIF yang dikongsikan oleh Ice Universe di Twitter menunjukkan bahawa Samsung sangat menititikberatkan kualiti kamera pada siri Galaxy S23.

pic.twitter.com/cvF9lDSGGP

— Ice universe (@UniverseIce) January 10, 2023

Terdapat klip lain yang dimuat naik di mana memaparkan kemampuan kamera ini sepanjang waktu malam.

Samsung Galaxy S23 Ultra official warm-up video is here! pic.twitter.com/2LHs3u3cP6

— Ice universe (@UniverseIce) January 10, 2023

Kebelakangan ini, kamera untuk telefon flagship telah menggunakan teknologi pixel binning  untuk mempertingkatkan prestasi cahaya rendah (low-light). Kaedah ini akan meningkatkan ketepatan warna serta butiran untuk setiap pixel.

{suggest}

Selain daripada butiran kamera yang menjadi tumpuan utama, siri S23 juga fokus kepada spesifikasi lain seperti penggunaan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 SoC.

Pengguna juga dapat menjangkakan variasi warna yang terang akan ditawarkan oleh Samsung untuk siri terbaru ini.

Sumber: AndroidPolice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress