Menurut laporan terbaharu, Samsung yang dijangka akan memperkenalkan siri Galaxy S22 pada Januari 2022 bakal memberi beberapa penawaran baharu bagi telefon tersebut.

Antara yang paling menarik adalah pada Galaxy S22 Ultra. Ia dikhabarkan dilengkapi 5 lensa dengan utama 200MP dan penjenamaan dari Olympus. Selain itu, turut hadir sokongan S-Pen seperti yang ada di Galaxy S21 Ultra.

Bagi mengingat kembali, beberapa bulan yang lalu terdapat desas-desus yang memberitahu Samsung dan Olympus bekerjasama. Buat pengetahuan, Olympus adalah salah satu pengeluar kamera dan teknologi optik terkemuka.

Sekiranya benar, maka Samsung akan mengikuti langkah pesaingnya yang lain seperti Huawei, Sony, vivo dan OnePlus yang telah berkolaborasi dengan jenama kamera. Bahkan, realme juga mungkin mengumumkan kerjasama bersama Kodak.

Tambahan lagi, Samsung dijangka akan menguatkan lagi kemampuan mereka nanti kerana Galaxy S21 Ultra sebelum ini juga telah memberikan hasil gambar yang baik.

Apa-apa pun, berkemungkinan besar kerjasama ini akan jadi realiti memandangkan ia salah satu cara untuk jenama kamera untuk terus kekal “hidup”.

Sumber: pulsenews

Baca juga – Selepas 84 Tahun, Olympus Akhirnya Mengundurkan Diri Dari Dunia Kamera

Baca juga – Telefon Pintar Ini Dinobatkan Telefon Terbaik Untuk Tahun 2021

Baca juga – Samsung Tak Nak Kamera Dengan ‘Megapixel’ Tinggi Lagi