Samsung pada awal bulan ini mengesahkan ia akan membawakan “most well-loved features” kepada siri Galaxy S21. Ketika itu, ia hampir pasti ciri yang dimaksudkan adalah sokongan S-Pen.

Terbaru, Samsung Galaxy S21 Ultra dengan nombor model SMG998B kini muncul pada pemfailan di FCC. Sekali gus, ia mengesahkan peranti ini akan hadir dengan sokongan S-Pen.

Galaxy S21 Ultra S-Pen

Selain itu, ia juga menyatakan peranti ini mempunyai sokongan Hover. Menerusinya, pengguna boleh memegang S-Pen atas pada skrin tanpa menyentuh paparan bagi beberapa fungsi, seperti melihat kandungan atau memaparkan pointer.

Bagaimanapun, masih belum jelas jika Samsung akan menghasilkan S-Pen baharu atau menggunakan yang sama seperti terdapat pada Galaxy Note20 Ultra sebelum ini.

Dalam pada itu, pemfailan di FCC turut mendedahkan Galaxy S21 Ultra akan hadir dengan ciri seperti UWB, NFC, pengecasan berbalik, Wi-Fi 6E dan lain-lain.

Sumber: GSMArena