Selain Samsung Galaxy S21 dan S21+, satu lagi varian paling berkuasa dan premium turut dilancarkan iaitu Galaxy S21 Ultra.

Galaxy S21 Ultra hadir dengan saiz fizikal terbesar dan modul kamera belakang lebih besar, namun rekaan keseluruhan masih hampir sama.

Perkara paling utama membezakan Galaxy Galaxy S21 Ultra ini adalah ia mempunyai tetapan kamera lebih hebat, bateri lebih besar, memori lebih besar, dan yang utama adalah dilengkapi dengan stylus S-Pen.

Untuk paparan, Galaxy S21 Ultra mempunyai skrin sebesar 6.8 inci QHD+ Dynamic AMOLED 2x  yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Skrin ini juga mempunyai lubang kamera pada bahagian tengah atas namun kamera swafoto tersebut telah dinaik taraf kepada sensor 40MP f/2.2.

Kamera belakang pula jauh lebih berbeza dengan tambahan 2 unit lensa dan mekanism autofokus berasaskan ToF laser. Yang paling utama adalah sensor 108MP yang lebih berkuasa berbanding Galaxy Note 20 Ultra, kemudian ditambah dengan 10MP telefoto 3x optikal, dan satu lagi 10MP telefoto 10x optikal.

Dari segi kemampuan kamera, ia masih lagi mempunyai 100X Space Zoom seperti Galaxy S20 Ultra, sokongan rakaman 4K 60fps untuk kesemua lensa termasuk hadapan, serta mod RAW 12-bit.

Cip dijana oleh Exynos 2100 yang terbaharu dengan rangkaian 5G. Bersama-sama dengannya pilihan RAM sehingga 16GB, dan juga storan sehingga 512GB.

Unik untuk Galaxy S21 Ultra, selain teknologi Ultra-wideband (UWB), terdapat juga Wi-Fi 6E untuk frekuensi Wi-Fi lebih pantas, serta turut dilengkapi dengan S-Pen.

Namun untuk S-Pen itu, tidak seperti siri Galaxy Note yang mempunyai lubang khas untuk menyimpan S-Pen, Galaxy S21 Ultra tiada. Pengguna perlu membeli kerangka khas jika mahu menggunakan S-Pen bersama telefon.

Bateri yang dimuatkan juga merupakan saiz terbesar iaitu 5,000mAh dan disokong pengecasan pantas 25W, tanpa wayar 15W, dan Wireless PowerShare melalui USB-C.

Antara ciri menarik yang disokong adalah pembesar suara stereo dari AKG Dolby Atmos, binaan Gorilla Glass Victus, dan penarafan kalis air IP68.

Ini merupakan spesifikasi penuh Samsung Galaxy S21 Ultra:

Di Malaysia, Samsung Galaxy S21 Ultra sudah boleh mula dipra-tempah berharga RM5,299 untuk model 12GB/256GB dan RM5,899 untuk model 16GB/512GB.