Apabila sesuatu produk dikeluarkan, pasti akan ada sokongan yang dihentikan untuk generasi lama sebelumnya.

Demikian itulah yang akan terjadi apabila Samsung Galaxy S21 dilancarkan kelak. Menurut laporan dari Galaxy Club, Samsung dikatakan tidak akan lagi menyokong beberapa model jam pintar dan penjejak kesihatan.

Ini merupakan model tersebut:

  • Samsung Galaxy Gear
  • Samsung Galaxy Gear 2
  • Samsung Galaxy Gear 2 Neo
  • Samsung Gear S
  • Samsung Gear Fit

Melihatkan kepada senarai tersebut, ia seakan tidak menjadi masalah memandangkan kesemua model tersebut adalah generasi lama.

Tambahan dari sumber, model-model ini masih lagi boleh berfungsi apabila disambungkan kepada telefon Samsung yang lama seperti S20 atau Note20.

Ini bermakna jika anda menggunakan salah satu model yang tersenarai dan berhajat untuk memiliki Galaxy S21 pada tahun hadapan, mungkin anda terpaksa mencari penjejak kesihatan atau jam pintar yang lebih terkini.

Mengenai Galaxy S21, Samsung dilaporkan akan melancarkannya pada Januari bulan hadapan.

Sumber: Galaxy Club