Beberapa minggu yang lalu, Samsung menafikan laporan yang mana mendakwa mereka menghentikan pengenalan Galaxy S21 FE.

Kini, terdapat khabar berita dari media negara pengeluar itu dimana Samsung tetap akan melancarkan telefon tersebut sekitar bulan Oktober tahun ini.

Pun begitu, berkemungkinan ia terhad untuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat sahaja. Hal ini disebabkan kekurangan bekalan cip pemproses yang masih berlarutan hingga kini.

Mungkin Rupa S21 FE

Bermakna, Galaxy S21 FE dijangka tidak dapat dilihat kelibatnya di Afrika, Australia, Kanada, Amerika Selatan serta Asia termasuk Korea Selatan sendiri.

Telefon ini dilaporkan tampil dengan cip Snapdragon 888 dan bakal menjadi antara peranti andalan yang mampu milik. Namun, seperti yang kita ketahui, bekalan cip terpantas Qualcomm itu amatlah terhad.

Sumber: fnnews

Baca juga – Rekaan Samsung Galaxy S21 FE Tertiris, Tampil Skrin Rata

Baca juga – Mungkin Ini Rupa Jam Terbaru Samsung Galaxy Watch Active 4

Baca juga – Samsung Galaxy Tab A7 Turun Harga, Kini Lebih Murah