Sebelum ini, terdapat ura-ura yang mengatakan siri Samsung Galaxy Note akan ditamatkan. Tambah-tambah lagi apabila siri Galaxy S21 Ultra dikatakan menyokong S-Pen.

Terbaru, dua individu iaitu Chun dan Tron mendedahkan bahawa Galaxy Note 21 tetap akan hadir buat pasaran pada tahun hadapan dan sedang dalam pembangunan.

Kemungkinan terdapat dua model bagi siri Note 21 iaitu model standard dan juga Ultra. Kali terakhir Samsung mengeluarkan hanya satu siri Note adalah Galaxy Note 9 pada tahun 2018.

Tambahnya lagi, Note 21 juga mungkin akan jadi peranti pertama yang menggunakan kamera yang terbina di dalam skrin. Ia dijangka akan dilancarkan di antara bulan Jun dan Julai 2021.

Namun, walaupun Samsung tetap akan melancarkan Galaxy Note 21, tidak bermakna siri ini tidak akan ditamatkan. Walaupun Samsung belum membuat kenyataan rasmi, mungkin kita tidak dapat lihat siri Note lain selepas ini.

Sumber: chunvn8888, cozyplane via