Samsung Galaxy M22 telah dilaporkan akan dilancarkan tidak lama lagi. Sebelum ini, ia muncul di laman rasmi Samsung Rusia dan kini giliran Singapura serta Malaysia pula.

Bagaimanapun, telefon dengan model SM-M225FV/DS ini tidak didedahkan spesifikasinya di laman tersebut. Namun, ura-ura mengatakan ia tampil dengan cip MediaTek Helio G80, 4GB RAM, Android 11, skrin 6.5 inci Super AMOLED 90Hz serta tetapan kuad-kamera.

Dijangka ia dibekalkan bateri berkapasiti 5000mAh atau 6000mAh bersama-sama pengecasan 25W. Buat masa sekarang, kita hanya perlu menunggu pengumuman rasmi dari Samsung.

Sumber: gsmarena, mysmartprice

Baca juga: