Chromebook merupakan sebuah komputer riba yang berasaskan Google Chrome OS dan memfokuskan untuk golongan bekerja dan institusi pendidikan.

Samsung sebelum ini pernah melancarkan Galaxy Chromebook dan kini ‘sekuel’ komputer riba siri ini akan hadir tidak lama lagi menerusi Galaxy Chromebook 2.

Terdahulu Galaxy Chromebook adalah agak premium dengan spesifikasi yang ditawarkan bersama harga. Hadir dengan paparan 4K AMOLED dan jangka hayat bateri agak teruk.

Terbaru, berdasarkan laporan daripada @_h0x0d_, Galaxy Chromebook 2 menjanjikan spesifikasi yang lebih baik dengan harga mampu milik.

Ia menjadi Chromebook pertama yang mengguna pakai panel QLED dimana pengguna akan menikmati jangka hayat bateri lebih daripada 12 jam.

Namun, cip pemproses masih yang lama iaitu intel Core i3 Gen-10 sedangkan Gen-11 sudah hadir di pasaran.

Dari segi harga, dikatakan ia akan dijual pada harga AS$699 (~RM2837) dan ia adalah lebih murah berbanding sebelum ini. Samsung mungkin akan memperkenalkan Chromebook ini seawal tahun 2021.

Sumber: @_h0x0d_