AMD hari ini telah memperkenalkan beberapa produk dan teknologi baharu mereka semasa acara Computex 2021.

Pada masa yang sama, CEO mereka – Dr. Lisa Su berkongsi maklumat berkaitan cip pemprosesan Samsung yang baharu menerusi Exynos.

Baca juga – Samsung Bakal Lancar Cip Exynos Dengan Grafik Dari AMD Seawal Suku Kedua 2021

Beliau berkata Exynos akan datang ini dilengkapi grafik berasaskan seni bina RDNA2. Ya, ini adalah teknologi yang terdapat pada kad grafik AMD siri 6000, PS5 dan juga Xbox Series X|S.

Tambahan lagi, cip Exynos ini bakal hadir dengan ray tracing dan kemampuan variable rate shading. Oleh yang demikian, Samsung akan bercerita lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Dengan ini, stigma pengguna terhadap Exynos mungkin akan berubah yang mana mereka sering dikaitkan prestasi kurang cemerlang serta GPU yang lemah.

Baca juga – Samsung Exynos 2200 Mahu Bersaing Dengan Cip Apple M1

Dikhabarkan Exynos baharu ini bakal menguasakan tablet Samsung dan komputer riba dimana mahu bersaing dengan Apple M1. Mungkin akan ditawarkan juga untuk telefon pintar nanti.

Sumber: Samsung Exynos