Samsung baru sahaja melancarkan siri Galaxy S21 beberapa hari yang lepas. Ini bermakna, ramai menjangkakan untuk membeli peranti sebelumnya iaitu siri Galaxy S20.

Namun, kemungkinan cita-cita anda itu terkubur kerana laporan daripada gizmochina telah melihat bahawa kebanyakan siri Galaxy S20 sudah kehabisan stok.

Menurutnya lagi, laman Samsung di beberapa negara seperti India, UK dan China juga telah terpapar kehabisan stok.

Oleh itu, berdasarkan pemerhatian pagi ini, perkara ini boleh disahkan kerana hanya Galaxy S20 4G (128GB), Galaxy S20 FE 5G (256GB) dan Galaxy S20 Ultra 5G (128GB) sahaja boleh dibeli. Lebih mengejutkan, Galaxy S20+ Edisi BTS turut kehabisan stok.

Kemungkinan benar bahawa Samsung telah menghentikan kesemua peranti siri Galaxy S20 memandangkan ia adalah sebuah peranti andalan Samsung.

Kebanyakan orang menunggu sesuatu peranti baharu dilancarkan dengan harapan dapat membeli peranti andalan yang “lama” pada harga yang lebih murah.

harga Galaxy S20 FE
Galaxy S20 FE

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak pelik kerana Apple turut berbuat demikian bagi semua perantinya.

Ia dapat dilihat dimana sejak iPhone 12 dilancarkan, tiada lagi siri iPhone 11 Pro pada laman rasminya dan hanya ada iPhone 11, iPhone SE (2020) dan iPhone XR.

Apa pun, sekiranya anda masih mahukan peranti Galaxy S20, kemungkinan anda boleh menjumpainya menerusi pihak ketiga di dalam talian dan juga set refurbished.

Sumber: gizmochina