Walaupun Samsung sebelum ini dikatakan tidak mahu lagi ‘berperang’ dalam mengejar megapiksel yang tinggi dalam kamera telefon, nampaknya mereka tetap mahu meneruskannya.

Ice Universe pernah menyatakan Samsung akan memperkenalkan kamera 200MP dan 50MP RGBW bulan ini. Terbaru, beliau melaporkan bahawa sensor ISOCELL baharu itu bakal diumumkan esok.

Menurutnya, Samsung ISOCELL HP1 mempunyai saiz sebesar 1/1.22 inci dengan 0.64μm 200MP dimana ia adalah tertinggi dalam industri telefon pintar.

Selain itu, Samsung juga akan mengumumkan ISOCELL GN5 yang hadir saiz 1.0μm 50MP 1/1.57 inci dengan susun atur sub-piksel RGBW. Sensor ini dijangka dimuatkan dalam siri Galaxy S22 nanti.

Tambahan lagi, sensor 200MP itu mungkin akan digunapakai pada peranti Xiaomi 12 Ultra yang turut dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber: weibo, Samsung ISOCELL

Baca juga: