Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Dilapor Akan Guna Teknologi Bateri Kereta Elektrik Pada Telefon Seterusnya

Posted on April 20, 2022April 20, 2022

Samsung dilaporkan akan menggunakan teknologi bateri kereta elektrik pada telefon akan datang mereka, menurut media Korea, The Elec.

Reka bentuk yang menggunakan kaedah ‘stacking’ atau tindanan ini dikatakan mempunyai kapasiti 10% lebih daripada rekaan ‘roll’ atau gulung yang biasa.

Contohnya, bateri pada Galaxy S22 Ultra boleh mencapai sehingga 5,500mAh dengan teknologi ini berbanding sekarang hanya 5,000mAh.

Kaedah ini menggunakan ruang yang lebih sedikit justeru mengurangkan berat peranti.

bateri samsung
Reka bentuk bateri. Sumber: GSMArena

Kelemahan rekaan gulung rata atau dipanggil ‘flat jelly roll’ sedia ada ialah komponen bateri tidak dapat digulung dengan rapat jadi akan ruang yang ‘terbazir’. Ruang ini diperlukan kerana bateri akan mengembung ketika proses cas dan nyahcas.

Ruang lebihan ini bagaimanapun tidak wujud pada kaedah tindanan ini kerana semua komponen ditindih dengan rapat. Inilah membolehkannya memuatkan kapasiti yang lebih tinggi.

Bateri dengan binaan baharu ini dikatakan akan dikilangkan di Cheonan, Korea dan Tianjin, China.

Sumber: PhoneArena, GSMArena

Baca juga:

  • 5 Produk Samsung Yang Anda Boleh Beli Masa Jualan Shopee Hari Ini
  • Awas! Penggodam Boleh Mengambil Alih Peranti Samsung Yang Tidak Dikemaskini
  • 5 Tablet Terbaik Bawah RM2,000 Setakat April 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress