Jika anda memiliki televisyen keluaran Samsung khususnya model-model terbaru, ada perkara yang akan menggembirakan dan mungkin juga membimbangkan anda.

Ini kerana, Samsung memaklumkan bahawa televisyen pintar keluaran mereka kini dilengkapi dengan ciri yang dikenali sebagai “TV Block“.

Samsung menjelaskan, “TV Block” merupakan ciri keselamatan yang dapat mengesan mana-mana unit televisyen mereka yang diaktifkan secara tidak sah serta memastikan dengan menetapkan unit televisyen tersebut digunakan oleh pemiliknya yang sah sahaja secara kawalan jauh.

Jadi sebagai contoh, sekiranya berlaku kecurian pada televisyen Samsung tersebut, ¬†sistem “TV Block”¬†akan mematikan keseluruhan fungsi televisyen tersebut secara kawalan jauh apabila tv yang dicuri itu disambungkan ke rangkaian internet.

Sekaligus tiada siapa pun dapat menggunakan tv tersebut. Hanya pihak Samsung sahaja yang akan dapat mengaktifkan semula tv tersebut.

Samsung menyatakan teknologi keselamatan itu sudah tersedia dipasang di dalam semua tv keluaran mereka.

Samsung mendedahkan perkara ini menerusi kenyataan rasmi susulan insiden kecurian televisyen mereka yang berlaku di gudang penyimpanan di Afrika Selatan pada 11 Julai 2021 lalu..

Sebagai pengguna, ciri keselamatan ini nampak seakan sangat baik dan akan memanfaatkan pengguna.

Tetapi ciri tersebut mungkin juga boleh dipersoalkan seperti, apakah yang akan berlaku sekiranya sistem keselamatan Samsung diserang oleh penjenayah siber dan mengeksploitasi ciri tersebut?

Apakah jaminan Samsung terhadap penggunanya?

Sumber: PCMag, Samsung