Bermula 28 Jun hadapan, acara terbesar Mobile World Congress (MWC) Barcelona akan berlangsung. Terbaru, Samsung mengesahkan untuk menyertai acara tersebut secara maya.

Dalam kenyataan, Samsung bakal memperlihatkan ekosistem mereka yang lebih baik dan membantu penggunanya.

Selain itu, mereka turut mengatakan tentang jam tangan pintar baharu, mungkin Galaxy Watch4 atau Watch Active4 dengan sistem operasi Google WearOS.

Tambahan lagi, dijangka peranti lain turut akan diumumkan. Pun begitu, telefon boleh lipat Samsung mungkin dilancarkan Ogos nanti pada acara yang lain.

Apa-apa pun, sekiranya anda berminat untuk menonton acara Samsung ini, anda boleh tontonnya melalui laman Samsung atau YouTube Samsung.

Sumber: Samsung

Baca juga –┬áSamsung Mengumumkan 3 Model Monitor ‘Gaming’ Terbaru

Baca juga –┬áMi 11 Ultra Berjaya Merakam Foto Bulan Dengan Jelas

Baca juga –┬áPelancaran Samsung Galaxy Z Fold3 Dan Galaxy Z Flip3 Makin Hampir