Sensor kamera Samsung ISOCELL sentiasa hadir pada telefon pintar yang berkelas andalan (flagship) seperti sensor 108MP HM3 dan 50MP GN2.

Terbaru, Samsung ISOCELL menerusi akaun Twitter rasminya menjadualkan pelancaran sensor baharu pada esok, iaitu 10 Jun 2021.

Baca juga – Samsung Exynos Akan Ada “Ray Tracing”, Mungkin Diumum Tahun Ini

Berdasarkan twit yang dimuat naik, “ISOCELL for Everyone” memberikan gambaran bahawa ia mungkin ditawarkan pada telefon pintar yang lebih mampu milik.

Ura-ura mengatakan Samsung dijangka untuk meningkatkan auto-fokus serta HDR. Namun, apa-apa pun mari kita nantikan pengumumannya esok.

Sumber: Samsung ISOCELL