Terdahulu, Samsung telah memperkenalkan ciri SmartThings semasa pelancaran siri Galaxy Note 20 dimana aplikasi tersebut dapat menjejak produk Galaxy dengan lebih tepat.

Terbaru, Samsung dikatakan akan melancarkan penjejak seperti aplikasi Tile yang dinamakan Galaxy Smart Tag. Malah, penjejak tersebut telah mendapat pengesahan daripada pihak telekomunikasi Indonesia dengan nombor model EL-T5300.

Berdasarkan nama tersebut, ia mungkin adalah sebuah peranti yang menjejak objek dimana mirip dengan Tile dari syarikat elektronik Amerika Syarikat.

TileApp

Namun begitu, ini bukanlah perkara baharu bagi Samsung kerana mereka telah mempunyai penjejak LTE dalam SmartThings pada dua tahun yang lalu.

Kebiasaannya, penjejak objek pintar ini hadir dengan sambungan Bluetooth tetapi Samsung mungkin akan menambah dengan ciri Ultra-Wideband (UWB), LTE dan GPS.

Samsung berkemungkinan juga akan memperkenalkan produk ini bersama-sama pelancaran siri Galaxy S21 pada pertengahan Januari tahun 2021 nanti.

Sumber: stufflisting via