Jika anda pengguna peranti pintar Samsung Galaxy, anda pastinya berasa lega kerana Samsung ada menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang dikenali sebagai Samsung Advantage.

Menerusi Samsung Advantage, pengguna peranti Galaxy akan menerima sokongan 24 jam seminggu dari Pusat Khidmat Pelanggan Samsung bagi membantu anda jika berdepan sebarang isu dengan peranti Galaxy.

Malah jika tidak cukup dengan itu, pemilik peranti Galaxy boleh mendaftar dengan servis perlindunganĀ Samsung Care+ yang akan memberikan pelindungan baik pulih peranti jika berlaku kemalangan pada peranti.

Samsung Advantage dan Samsung Care+ membuktikan betapa Samsung mementingkan servis selepas jualan terhadap para pelanggannya menerusi sokongan dan perlindungan yang ditawarkan terhadap produk mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Samsung Advantage, anda boleh layari laman rasmi Samsung Malaysia.