Samsung baru sahaja memperkenalkan sebuah teknologi baharu yang dinamakan sebagai LPDDR5 UFS-based multichip package (uMCP). Teknologi ini menggabungkan LPDDR5 dengan UFS 3.1 NAND flash dalam satu cip.

Melaluinya, ia mampu menawarkan prestasi andalan (flagship) pada telefon mampu milik. Samsung turut mengatakan bahawa prestasi DRAM dipertingkatkan kepada 25GB/s dan NAND flash kepada 3GB/s.

Baca juga – Tiga Jenama Ini Akan Guna Paparan OLED Boleh Lipat Dari Samsung

Selain itu, apa yang menariknya adalah saiznya kecil dan menjimatkan ruang dalam telefon pintar. Modul cip ini bakal hadir dengan pilihan RAM 6GB-12GB serta storan 128GB dan 256GB.

Dalam pada itu, pengeluaran cip LPDDR5 uMCP telah pun dimulakan bulan ini dan dijangka telefon yang menampilkan teknologi itu akan dilancarkan tidak lama lagi.

Dengan ini, nampaknya telefon mampu milik akan lebih berkuasa pada masa akan datang. Hal ini kerana Samsung juga telah melancarkan sensor ISOCELL JN1 pada minggu yang lalu.

Baca juga – Samsung Selesaikan Bonggol Kamera Tebal Dengan Sensor Baharu Ini

Sumber: Samsung