Nampaknya, pasaran SSD dunia semakin rancak dengan kehadiran storan M.2 NVMe PCIe Gen4 Samsung 990 Pro yang serba baharu ini. Untuk pengetahuan pembaca, storan tersebut telah pun dilancarkan di Malaysia ketika anda membaca artikel ini.
Prestasi PCIe Gen4 Yang Maksimum
Samsung 990 Pro mempunyai peningkatan kelajuan 40% dan 55% lebih tinggi dalam baca dan tulis berbanding 980 Pro.
Mengikut Samsung, 990 Pro telah berjaya mencatatkan kelajuan baca hingga 7,450 MB/s dan tulis hingga 6,900 MB/s. Selain itu, storan ini juga cemerlang dalam semua tugasan seperti gaming, editing, analisis data dan banyak lagi.
Kecekapan kuasa yang lebih baik berbanding yang lain.
Secara umumnya, prestasi yang tinggi memerlu dan menggunakan kuasa yang lebih banyak berbanding biasa. Namun dengan teknologi terkini, isu tersebut tidak dihadapi oleh SSD Samsung ini.
Berdasarkan ujian dalaman model 1TB, Samsung 990 Pro menggunakan kuasa lebih rendah berbanding 980 Pro tetapi memberikan prestasi per watt 50% lebih tinggi.
Perisian Samsung Magician menyerlahkan lagi potensi 990 Pro.
Samsung Magician adalah sebuah perisian mesra pengguna yang membolehkan anda memanfaatkan kuasa penuh storan Samsung 990 Pro ini.
Selain itu, anda juga boleh melindungi data, dapatkan kemas kini, memantau keadaan storan dan pelbagai lagi ciri-ciri menarik yang boleh diubahsuai melalui perisian ini.
{suggest}
Tidak lupa juga, Samsung menyediakan waranti terhad selama 5 tahun atau 600 TBW untuk storan SSD 990 Pro ini.
Sumber: Samsung
Gambar utama: Samsung