Pembocor maklumat terkemuka, Ice Universe telah berkongsi kualiti gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy S23 Ultra. Ia dibandingkan dengan gambar daripada Galaxy S22 Ultra dan Pixel 7 Pro.
Telefon terbaru yang belum dilancarkan itu dikhabarkan akan dilengkapi lensa 200MP dan mod 50MP.
Melalui gambar labu yang diambil ini, Galaxy S23 menunjukkan butiran yang lebih tajam berbanding 2 model lain. Warna dihasilkan juga pekat, tidak jauh beza dengan S22.
Sampel gambar (dari kiri) Galaxy 23 Ultra, Galaxy S22 Ultra dan Pixel 7 Pro.
Tambah Ice Universe lagi, setakat pemerhatian awal ini, HDR pada S23 Ultra adalah lebih bagus daripada S22 Ultra namun masih belum mengatasi Pixel 7 Pro.
Siri Galaxy S23 dijangka diperkenal pada umum seawal Februari 2023 kelak dan akan menjadi telefon Samsung pertama menggunakan kamera 200MP.
{suggest}
Dalam pada itu, laporan sebelum ini mendedahkan bahawa S23 akan berkongsi rekaan yang sama dengan S22.