Hampir dua minggu yang lalu, kami ada melaporkan mengenai gangguan sambungan TM unifi yang disebabkan oleh perbuatan vandalisme di Kajang. Terbaru, kejadian sama dilaporkan telah berlaku di kawasan Sibu dan Tanjung Manis, Sarawak.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dikesan oleh pihak unifi lewat malam tadi dan pasukan teknikal telah dikerah bagi memperbaiki kabel yang dirosakkan dengan segera.
#unifiAlerts Terkini mengenai gangguan unifi dan talian tetap TM di Sibu dan Tanjung Manis di Sarawak. Gangguan adalah disebabkan kerosakan kabel disyaki akibat perbuatan vandalisme. Pasukan teknikal kami sedang berada di lokasi kejadian untuk membaiki kabel yang rosak. pic.twitter.com/Ha3U9YHagF
— unifi (@unifi) December 6, 2018
Bagaimanapun, pihak unifi dilihat masih belum mengirimkan sebarang perkembangan terbaru mengenai perkara ini semasa artikel ini ditulis.
Perbuatan ini sepatutnya tidak berlaku kerana ia akan menyusahkan banyak pihak termasuk ribuan pengguna yang lain. Maka, diharapkan kejadian tidak bermoral ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.
Sumber: TM Unifi