Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Go Shop, sebuah saluran untuk orang ramai menyaksikan produk-produk dijual dengan harga yang murah.

Kini, bermula 24 Julai, saluran 111 Astro akan dijenamakan semula dengan Go Shop BAARU. Ia merupakan saluran berbahasa Melayu yang menyasarkan golongan milenial.

Selain itu, Go Shop BAARU ini akan menampilkan beberapa produk baharu, lebih kontemporari dan menarik yang khusus untuk pekerja profesional dan keluarga masing-masing.

Antara produknya termasuk perkakasan dapur, makanan kesihatan, produk kecantikan, fesyen dan banyak lagi. Bersempena kehadirannya, Go Shop akan menawarkan diskaun bernilai RM111 kepada pelanggan sehingga 3 Ogos 2021.

Tambahan lagi, terdapat juga program ‘BAARU & Eksklusif’ yang bakal berlangsung pada 24 Julai bermula 9 pagi – 12 tengah hari yang mana hos selebriti seperti Mira Filzah, Nad Zainal dan Aaron Aziz akan memperkenalkan produk-produk baharu.

Menariknya, pelanggan boleh mendapatkan potongan harga sebanyak RM22 untuk pembelian berikutnya jika membeli produk yang disiarkan dalam program tersebut, setiap hari pada jam 9 malam.

Bukan itu sahaja, bagi memeriahkannnya lagi, program ‘saluran 111 Countdown Flash Sale’ pada 23 Julai, 9 malam ini turut menawarkan diskaun sehingga 75% untuk produk-produk terpilih.

Oleh yang demikian, untuk anda yang kaki membeli belah, jangan lupa untuk menyaksikan saluran Go Shop BAARU ini nanti.

Sumber: Siaran Akhbar Astro

Baca juga artikel berkaitan: