Google dilihat gemar memberikan nama kod pada peranti yang sedang dibangunkan dengan nama-nama ikan.
Seperti contoh, Sailfish dan Marlin untuk Pixel keluaran pertama, Walleye, Taimen serta Muskie untuk Pixel generasi kedua, Bluelie dan Crosshatch bagi keluaran terbaru, juga Bonito dan Sargo yang dikhabarkan nama kod bagi Pixel 3 Lite.
Kini, menambah lagi senarai “ikan-ikan” sedia ada, @deletescape membuat kicauan di Twitter bersumberkan laman AOSP, menyatakan Salmon dan Medaka sebagai peranti terbaru dari Google.
Here are the upcoming Google device codenames #leaked:#salmon and #medaka.
None of the devices has a notch and medaka is most probably the rumored Pixel Watch. More info should surface soon.— Till Kottmann (@deletescape) January 25, 2019
Kicauan itu turut menyatakan peranti-peranti ini tidak akan mempunyai takuk dan berkemungkinan Medaka adalah Pixel Watch.
Menurut laman Android Police, kedua-dua pengulas yang terdapat di laman itu merupakan ahli pembangun Wear OS.
Informasi ini sedikit sebanyak terkait dengan laporan Google membeli teknologi jam tangan pintar Fossil. Pixel Watch dikhabarkan akan mempunyai tiga variasi disamping sokongan GPS, LTE, VoLTE, sensor pengesan kecergasan, dan cip Snapdragon Wear 3100.
Sumber foto utama: Android Police