Galaxy S21 bukan lagi menjadi rahsia Samsung disebabkan maklumat mengenai telefon pintar ini sudah banyak didedahkan sejak beberapa bulan lepas.

Terkini, imej rasmi Galaxy S21 yang dikongsi oleh Evan Blass telah memperlihatkan rupa bentuk dan juga 4 pilihan warna yang didatangkan – putih, kelabu, ungu, dan merah jambu.

Salah satu warna paling menarik disertakan adalah ungu dimana ia mempunyai selingan emas pada bahagian modul kamera.

Sekilas pandang, ia seakan mengambil inspirasi dari watak penjahat terkenal Marvel iaitu Thanos yang juga mempunyai skema warna yang sama.

Galaxy S21 merupakan model terkecil dengan memuatkan skrin 6.2 inci AMOLED. Ia akan dilengkapi dengan kamera utama 12MP, 12MP sudut lebar dan juga 64MP telefoto zum.

Cip yang bakal digunakan pada S21 adalah sama ada Snapdragon 888 atau Exynos 2100 bergantung kepada pasaran.

Siri Galaxy S21 ini akan diperkenalkan pada awal Januari depan bermakna lebih banyak lagi maklumat mengenai telefon ini bakal dikongsi di Internet menjelang pelancarannya.

Sumber: Evan Blast