CEO Twitter Elon Musk hari ini memaklumkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan CEO Apple Tim Cook di kampus Apple Park di Cupertino, California.
{suggest}
Pertemuan itu diadakan selepas awal minggu ini Musk menyatakan Apple telah mengurangkan iklan di Twitter serta mendakwa Apple telah mengancam untuk mengeluarkan Twitter daripada App Store. Beliau juga berkata mahu menghasilkan telefon pintar sendiri, sekiranya Twitter disekat di App Store dan Play Store.
Selepas pertemuan itu, Musk memuat naik ciapan di Twitter yang menyatakan pihaknya telah menyelesaikan salah faham mengenai Twitter yang berpotensi dialih keluar daripada Twitter. Tambahnya, Cook menjelaskan bahawa Apple tidak pernah bercadang untuk berbuat demikian.
Good conversation. Among other things, we resolved the misunderstanding about Twitter potentially being removed from the App Store. Tim was clear that Apple never considered doing so.
— Elon Musk (@elonmusk) November 30, 2022
Dengan salah faham yang telah pun diselesaikan, ia menimbulkan pelbagai pandangan pengguna di Twitter dan tidak kurang ada yang mempersoalkan kenyataan Musk sebelum ini.