Berbaki 1 hari lagi, peminat bola sepak dunia bakal menyaksikan pasukan Eropah berentap dalam UEFA EURO 2020.

Bagi memberikan pengalaman lebih menarik, Astro menawarkan siaran langsung dalam resolusi 4K HDR dan Dolby Atmos. Akan tetapi, resolusi ini terhad kepada pengguna Ultra Box sahaja.

Selain itu, penonton juga disajikan secara langsung bagi kesemua 51 perlawanan tersebut. Ia turut boleh distrim melalui Astro GO dan hadir dengan Interactive Mode dimana anda boleh akses sorotan, statistik permainan dan banyak lagi secara terus.

Perlawanan pertama bermula dengan Turki menentang Itali pada 12 Jun jam 3 pagi. Diikuti Wales menentang Switzerland pada 12 Jun, jam 9 malam. Oleh itu, kekal berada di rumah dan nikmati perlawanan bola sepak ini.

Baca juga –¬†Perkhidmatan Penstriman Astro – sooka Kini Boleh Digunakan

Sumber: Siaran Akhbar Astro